top of page

About

Restoran Selera Hang Tuah

Lot 1407 Jalan Bukit Katil

Kampung Duyung

Semabok Melaka

 

Oleh kerana restoran kami berdekatan dengan Perigi Hang Tuah,maka tercetuslah nama Restoran Selera Hang Tuah.Masakan kami amat berbeza sekali terutama pada masakan special kami iaitu ASAM PEDAS.Apa bezanya?Kerana ASAM PEDAS memang sangat terkenal di MELAKA.Masakan kami mengikut jenis ikan seperti ikan kembong..cara masaknya orang panggil masak bodo atau masak lurus jer..ikan tenggiri dan pari..sudah tentu masaknya dipanggil masak lada..berbeza pula dengan tetel dan tulang yang kami panggil GERANG ASAM.Cara dan ramuannya ternyata berbeza mengikut jenis2 ikan..

 

Selain masakan istimewa ASAM PEDAS..kami juga telah mencipta aneka sup seperti SUP GEAR BOX..SUP TULANG,SUP KAMBING,SUP AYAM,

SUP EKOR,SUP PUYUH,SUP PERUT DAN SUP CAMPUR..

 

Nasi Ayam Tun Teja amat sedap sekali..Try dulu baru tau..bagi penggemar makanan laut..ResTuah juga tidak menghampakan anda dengan hidangan makanan Tomyam Seafood seperti Tomyam,kerang,kupang dan juga Ikan Bakar Berlada Temenggung.Citarasa anda juga kami sediakan seperti masak paprik,masak merah,ikan sweet sour,Tiga Rasa,goreng tepung dan banyak lagi.

 

Masakan Ala-Cart semestinya menjadi pilihan ramai..Selain masakan panas,kami juga menghidangkan menu istimewa kami iaitu MEE BANDONG HANG LEKIR.Rumusan Istimewa Pak Idris dari kampung

Bakar Batu yang asalnya ialah dari resepi asli mee bandong muar asli turun temurun..di olah sedikit pedas bagi menepati selera anak-anak melaka yang gemarkan PEDAS.Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau yang sudi menurunkan ilmu Mee bandong...

 

Peminat masakan Barat..Western Food juga terdapat di ResTuah

seperti chicken chops,lamb chops,fish&chips dan fun fries.

 

 

MINUMAN!! 

SPECIAL: Ice Blended aneka rasa..Smooties,A.B.C,Laicikang,Mata Kucing,Barli Asli,Minuman Tenaga seperti Ali Cafe,Kopi Jantan dan banyak lagi.

 

Peminat Sukan dan Movie

Restoran kami mempunyai pelbagai siaran sports dan movie

dengan screen besar (projector) bagi kepuasan pelanggan..

 

Free Wifi

Anda boleh mengaccess internet di restoran kami secara percuma dengan kelajuan 4MB

 

Terima kasih kerana mengunjungi page kami dan terima kasih juga kerana memberi sokongan kepada perniagaan kami.Sebarang pertanyaan dan teguran membina dari anda amat kami hargai...

 

Terima kasih...terima kasih dan Selamat berjumpa lagi!!!

Azdi Jalaluddin (along)

Manager/Chef

Asal dari Telok Mas Melaka

Safura

Chef Classic

Dari Padang Temu Melaka

Iwan

Chef Tomyam Seafood

Berasal dari Kelantan

iwanita@yahoo.com

Khai

Pembancuh Air

Berasal dari Palong,N.Sembilan

khaipalong@gmail.com

Please reload

bottom of page